Pasca Debat: Ulasan yang terliwat terlewat
Saya tidak mahu mengemukakan kekecewaan saya terhadap Shabery Cheek, sudah terlalu banyak kekecewaan terhadap beliau dalam begitu banyak blog di Malaysia. Malah, saya melihat hanya Berita Harian yang mengampu beliau dengan ayat “menteri itu lebih banyak mengemukakan fakta berbanding Anwar…†(ampu jangan tak ampu, BH). Tidak terjumpa satu pun blog orang kerajaan yang memuji hujah-hujah Shabery. Dari blog khir toyo, muhammad taib, ali rustam, semuanya membisu dan tidak memberikan komen padahal hari-hari sebelumnya blog-blog ini turut mempromosikan debat tersbut.
Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang Shabery. Cukuplah. Saya cuma turut kecewa dengan Anwar, walau pun sedikit. Keseluruhannya OK, berkali ganda lagi bagus dari Shabery yang tidak fokus pada topik. Tapi bagi saya Anwar tidak berjaya meyakinkan orang-orang UMNO bahawa harga minyak di Malaysia mampu diturunkan.
Hujah Anwar yang pertama sungguh tepat dan konkrit. Hujah dan langkah kedua juga berasas.
A. Penjimatan bahan api dan belanja untuk IPP dengan mengurangkan stanby capasity memberikan rm2billion setahun.
B. Kewangan kerajaan sekarang terlalu banyak ‘bocor’ akibat :
B.1. Decision making yang tidak betul menyebabkan banyak projek diluluskan dan kemudian dibatalkan dan terpaksa dibayar pampasan yang sangat tinggi kepada syarikat terbabit;
B.2. Kebocoran kewangan kerana menyelamatkan kroni
B.3. Rasuah dalam projek-projek kerajaan yang berleluasa.
Sebenarnya ada hujah ketiga (C) dalam menurunkan harga minyak, yang saudara Anwar hanya sempat mengulasnya sedikit sahaja, tetapi bagi saya ianya adalah hujah yang paling besar dalam isu ini. Setiap kenaikan USD1 setong minyak, kerajaan Malaysia mendapat beratus-ratus juta tambahan pendapatan setahun. Tidak ada rasional untuk menaikkan harga minyak sedangkan kerajaan bertambah pendapatannya. Pertambahan pendapatan ini jauh lebih tinggi daripada pertambahan bajet yang terpaksa dikeluarkan kerajaan untuk mengekalkan harga minyak pada harga lama.
Daripada Perbendaharaan Negara, pendapatan kerajaan hasil petroleum meningkat dari setahun ke setahun dengan peratus yang sangat tinggi.
2004 – sekitar rm25 billion
2005 – sekitar rm30 billion
2006 – sekitar rm45 billion
2007 – rm52.3 billion
2008 – rm67.6 billion
Untuk data 2004 – 2006, saya ambil berdasarkan anggaran daripada graf di http://kickdefella.wordpress.com/page/2/ yang datanya diperolehi dari halaman perbendaharaan malaysia, http://www.treasury.gov.my . Untuk data 2007 & 2008, saya ambil daripada laporan keuntungan petronas 2008 yang diumumkan pada petang sebelum debat berjalan, dan disiarkan di dalam utusan keesokan harinya. Saya memetik satu perenggan “Berikutan peningkatan keuntungan itu, Petronas membayar sebanyak RM67.6 billion kepada kerajaan pada tahun ini berbanding RM52.3 billion pada tahun kewangan lalu.â€
Saya tidak ada data tentang jumlah subsidi bahan bakar, tetapi Shabery berbohong ketika menyatakan, jika mahu mengekalkan harga minyak pada harga lama, kerajaan perlu mengeluarkan sejumlah rm50 billion setahun. Sedangkan, laporan sendiri menyatakan “dengan penstrukturan semula subsidi ini, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sejumlah rm13billion setahun yg akan digunakan untuk sektor2 lain seperti makanan dan lain-lain.†Dengan kata lain, jika dikeluarkan rm13 billion dari mana-mana sumber, kerajaan akan dapat mengekalkan harga pada harga lama. rm13billion adalah tidak membebankan jika dibanding dengan perolehan kerajaan daripada petronas sebanyak 67billion. Malahan, daripada bajet 2008, perbelanjaan kerajaan malaysia hanya dianggarkan sekitar 48 billion (rujuk the star 16 july 08).
Ketika Shabery memberikan soalan pandai “Adakah kerajaan pakatan rakyat akan menaikkan harga minyak secara mendadak apabila Malaysia menjadi nett impoter minyak pada 2015?â€. Jawapan Anwar bernas, “sape kata minyak kita habis 2015?, kita hanya akan jadi nett importer pada 2015 jika tiada telaga baru ditemui.†Shabery perlu ingat, minyak kita bukan lesap secara mendadak pada 2015, jika benar tahun itu kita menjadi nett importer. Sebagaimana minyak tidak akan lesap secara mendadak, begitu juga kerajaan pakatan rakyat tidak akan menaikkan harga minyak secara mendadak.
Mungkin pada 2015, kita terpaksa mengimport 10 ribu tong sehari, mungkin tahun berikutnya bertambah kepada 20 ribu tong sehari dan seterusnya. Sebagaimana pertambahan ini adalah secara perlahan, begitu juga kenaikan harga minyak tidak sepatutnya dibuat secara mendadak. Lagi membingungkan, kenapa kerajaan sekarang mahu membebankan rakyat ketika negara membuat keuntungan yang bertambah dari setahun ke setahun daripada hasil petroleum.
Tambahan pula, umum mengetahui petronas mencarigali minyak di 33 buah negara. Dengan keuntungan petronas yang meningkat dari setahun ke setahun, maknanya, hasil pendapatan kerajaan dari cukai petronas juga akan meningkat. Kita bukan mahu kacau wang petronas, tetapi sebagai sebuah syarikat malaysia, petronas akan terus membayar cukai kepada kerajaan malaysia (walaupun dividen dan royalti akan berkurang, jika benar hasil petroleum dalam negara berkurang daripada jumlah 650 ribu tong sehari). Tiada kebimbangan dari segi kehilangan sumber pendapatan yang mengejut atau mendadak. Janganlah menakutkan-nakutkan rakyat dari segi ini.
Datuk Johan juga mengecewakan saya apabila mengemukakan soalan "adakah kerajaan pakatan rakyat tidak risau, dengan memberikan subsidi yang tinggi, kerajaan bukan sahaja membantu rakyat, tetapi juga membantu syarikat-syarikat lain yang menjual minyak di malaysia seperti shell, bp, esso dan sebagainya". Pada saya, Datuk Johan sungguh tidak faham konsep. Kita nak beri subsidi untuk mengurangkan harga minyak, bukan hendak menambahkan komisyen jualan kepada syarikat atau pengusaha stesen minyak. Jika shell mendapat 10 sen dari seliter minyak yg dijual, ia akan kekal pada tahap itu. Yang kita nak tambah adalah subsidi, bukan komisyen.
Ini sahaja yang terlintas setakat ini. Tentang Nordin Kardi. Malas pula nak komen. Rasa bodoh pula nak melayan orang yang bodoh. Kalau saya rajin dan ada masa, bahagian kedua akan menyusul.
Wassalaam.